Soalan :
Assalamualaikum. Saya mahu bertanya apakah hukum lukis inai di tangan? Saya akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan merancang untuk membuat lukisan inai tersebut. Bagaimanapun, saya bingung kerana ada rakan mengatakan ia haram.
Jawaban Dr. Mashitah :
Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.
Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan bercorak binatang atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.
p/s : Sekadar berkongsi maklumat dengan semua..
( petikan dari Metro Ahad )
No comments:
Post a Comment