:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

18.7.10

Cara bertayamum dengan betul


Soalan:
Bagaimanakah cara bertayamum yang betul?

Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri menjawab:
TAYAMUM (Arab, tayammum ) adalah cara bersuci dalam Islam selain daripada berwuduk dan mandi hadas besar. Ia dilakukan bagi membolehkan seseorang menunaikan ibadat.

Allah swt berfirman yang bermaksud : "...dan jika kamu berjunub ( berhadas besar ) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit ( tidak boleh kena air ), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air ( untuk berwuduk dan mandi ), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu : sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu..." ( Surah al-Maidah, ayat 6 )

Tayamum dibenarkan apabila keadaan memerlukan seperti :
  1. Tiada air
  2. Ada air, tetapi hanya sedikit untuk kegunaan diri atau binatang ternakan
  3. Uzur yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit

Cara bertayamum adalah dengan menggunakan debu tanah yang suci. Niat tayamum mengikut apa yang hendak dilakukan umpamanya bagi mengharuskan solat, memegang al-Quran, menghilangkan hadas samada kecil atau besar.

Niatnya berbeza berdasarkan apa yang hendak dilakukan. Kemudian menyapu debu kepada anggota tayamum, muka dan kedua belah tangan hingga kesiku. Mulakan dengan menyapu debu ke muka disertai dengan niat, kemudian menyapu dua tangan hingga ke siku. Semuanya perlu dilakukan dengan tertib.



p/s : Sisipan dari akhbar harian metro

No comments:

:: Blogger