:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

10.2.10

Kurangkan berat badan???? Caranya...


Ramai di antara kita yang selalu bercita-cita nak turunkan berat badan atau dgn kata lain "nak kurus ala-ala model". Banyak dah cara dicubanya tp hasilnya tak begitu memberangsangkan. Ada yang berjaya dan ada jugak yang tak berjaya (tak berjaya - cuba lagi tau...). Kalau difikir-fikir-fikir balik, ye ker tak berjaya? Mungkin cuba dgn cara yang salah atau ada lah tu somewhere yang silap.... Me pon tgh nak cuba2 kurangkan berat badan ni... Harap2 hujung bulan ni dapatlah kurang beberapa kilo... hehehehe... By de way, dlm harian metro arini ada dijelaskan beberapa cara nak kurangkan / turunkan berat badan.... JOm go thru...

Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Jangan turunkan berat badan secara tergesa-gesa. Dengan cara ini yang berkurang adalah karbohidrat dan air bukannye LEMAK. Lemak masih tidak terjejas. Untuk itu jadi kadar pengurangan yang sederhana dan konsisten adalah lebih baik.

Gantikan makanan
Cuba kita gantikan makanan makanan favorite kita dengan yang lain. Yang tinggi lemak, gula atau garam dengan kurang lemak, gula dan garam. Contohnya tukarkan pengambilan susu lemak tinggi dengan susu rendah lemak. Dengan cara ini, pengambilan kalori dapat dikurangkan.

Mulakan sedikit demi sedikit
Penurunan berat badan dimulakan dengan realistik sedikit demi sedikit. Elakkan kadar penurunan yang drastik. Kurangkan pengambilan kalori dan gantikan dengan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat.

Jangan terlebih makan
Cuba amalkan cara pemakanan Rasulullah saw iaitu dengan mengunyah secara perlahan-lahan. Makanan sedikit tetapi kerap.

Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Kira pengambilan kalori dalam setiap makanan dan tentukan ianya diambil dengan kuantiti yang diperlukan sahaja bukannya secara berlebihan. Seimbang pengambilan makanan dengan sumber yang sihat dan berkhasiat.

Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas akan menambah kalori sebanyak 360 kJ sehari kepada badan kita. Kurangkan juga mengambil minuman manis yer...

Banyakkan pergerakan
Banyak bergerak dan bersenam akan membakar kalori berlebihan dari badan (inilah yg diperlukan...). Lakukan senaman rutin 3 kali seminggu dalam masa lebih kurang 30 minit setiap kali senaman. Antaranya berjogging di sekitar rumah, berkebun di halaman rumah, berjalan kaki disekeliling taman permainan dan sebagainya... Makin banyak pergerakan, memudahkan cepatnya keluar peluh. Peluh yg dirembes keluar dari pembakaran kalori akan menjadikan badan lebih segar dan sihat.

Kesan jangka panjang
Sentiasa pastikan jadual aktiviti untuk penurunan berat badan ini dipantau. Rekodkan segala perubahan yang berlaku pada tubuh badan kita. Jadualkan aktiviti yang ingin dilakukan agar aktiviti ini akan dilakukan secara berterusan. Kegagalan untuk merancang akan membantutkan kadar penurunan berat badan kita. Bak kata pepatah "Gagal merancang bermakna gagallah segalanya..."

Fokus pada sihat, bukannya kurus semata-mata
Sentiasa fokus pd kesihatan tubuh badan bukan pada kurus semata-mata. Pilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optimum pada badan. (Rujuklah piramid makanan)

Atasi tekanan emosi
Sentiasa fokus dalam melakukan aktiviti ini. Elakkan emosi yang bercelaru dan tidak stabil kerana ianya akan mengganggu dan menjejaskan program yang sedang dilaksanakan ini. Sekiranya ada, cari cara penyelesaian yang sepatutnya. Lakukan aktiviti yang menggembirakan agar tekanan ini dapat diatasi.

Motivasi
Sokongan dan motivasi adalah penting dari orang2 disekeliling kita terutamanya keluarga kita. Dapatkan juga khidmat nasihat dari pakar dietitik supaya program diet yang betul dan berkesan dapat dilaksanakan dengan jayanya...

----------
Diedit dari sisipan akhbar Harian Metro, Rabu, 10 Feb. 2010

No comments:

:: Blogger