:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

27.12.09

Hari Asyura - 10 Muharam 1431H / 27 Disember 2009

Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari ke-sepuluh di dalam bulan Muharam yang juga dikenali & diingati sebagai hari Asyura. Pada hari ini juga kita disunatkan untuk melakukan beberapa amalan sunat.

Antara amalan-amalan sunat tersebut adalah :
  1. Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  2. Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  3. Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  4. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga. Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  5. Menziarahi orang alim dan belajar ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  6. Menziarah orang sakit - Pahalanya seolah-olah telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  7. Bersedekah - Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  8. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.
  9. Bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  10. Menginai dan mengerat kuku.
  11. Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  12. Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  13. Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  14. Membanyakkan Zikir dan Selawat.

~~ Selamat menyambut Hari Asyura. Marilah kita bersama-sama menambah ilmu agama di dada untuk dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita. ~~

No comments:

:: Blogger