Assalamualaikum....
First thing first.... wahai kengkawan ku semua, aku nak habaq kat hang sumer yg aku dah de blog sendiri ni. Aku ni takler pandai sgt nak berblog, ilmu-ilmu yg korang dok ada tu jgn la segan-segan nak perturunkan kat aku na.... aku kan masih baru lagi dlm blog ni. Tunjuk ajar ler kat aku mana2 dok patut...
Sebelom aku bercerita dgn panjang lebarnyer...eloklah diri ini diperkenalkan dahulu. Dgn penuh ikhlasnya, diri ini telah diberi nama oleh mak & abah sebagai 'Siti Noraidah bt Jamiran'. Diriku adalah anak sulung dlm keluarga dari 5 orang adik-beradik. Keluargaku ini telah selamat menerima menantu sulung lelaki, yg mana diriku ini telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan pd bulan Jan'08 [ masa blog ni tercipta, adik2 len lom kawen lagi... ]. Masa kecik2 dulu & zaman skool, diriku telah dipanggil dgn bermacam-macma gelaran. Ada yg panggil kakak, edah, idah, siti dll.. Masa belajor kat matrik melaka, ada sorang kawan aku ni suka panggil aku dgn nama 'erd' singkatan utk erda. Nama ni kekal samapai aku sambung belajor kat universiti. Bila masuk alam pekerjaan, susah sket ler kengkawan nak sebut nama tu. Terbelit2 lidah diorang sumer, so tukar panggilan kpd aidah plak. Ok wat panggilan baru ni, mmg singkatan dr nama sebenar aku kan... tp special utk blog aku ni, aku nak gelar diriku sendiri sbg 'ADDA'. Antara nama2 kiut yg aku suka. So utk entri selepas ni, nama ADDA shj yg akan digunapakai yer kengkawan sumer....
Ok, adda nak citer sket ttg kenapa adda cipta blog ni yer... Sebabnyer adda rasa tertarik dgn blog-blog orang lain yg adda dah go through... Rasa nak ada blog sendiri tu membuak-buak lah - maka dgn itu, terciptalah blog ni [ gian tgk blog orang lain cantik2 belaka, tu yg cipta blog sendiri. boleh ler sumbat masuk apa2 yg ada. hehhehehe....]. Itulah sbb utama adanya blog ni. Lagi pulak, mudah untuk adda mencurahkan segala rasa yg ada [ manis, masam, masin, pedas, kelat, tawar, payau, xde rasa....] dlm kehidupan sehari-harian aku... Kiranya, blog ni mcm kanvas kehidupan Adda.... So, pada kawan2 ku sekalian, korang kena sokong adda tau... All de best to me...
2 comments:
selamat berblogging, rajin2 lah update yer (pesanan utk diri senditi juga, hihihi) :)
hehehehhehe... ye anna, sesamalah kita berblogging yer...
Post a Comment