:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

23.10.09

Raya raya raya...

Raya raya raya... musim raya Idulfitri 1430H telah berlalu pergi meninggalkan kita buat tahun ini [moga2 dapat bersua kembali di tahun depan bersama Ramadan al-Mubarak... amin...]. Inilah raya kedua adda bersama suami [ raya pertama sbg suami isteri pd 2008 ] dan raya tahun ini cukup meriah sbb dapat beraya kat banyakkkkkkkkk kampung....

~~ Raya pertama & kedua pagi di kampung suami, Pt Kaspan, Parit Raja, Batu Pahat
[ kg belah mak mertua adda ]~~ Raya kedua petang dah de kat bandar Pontian tp raya dulu umah family belah bapak mertua adda
~~ Raya kedua mlm & ketiga, kami sampai kat umah atok adda [ mak kpd mak adda lah ni... ] di Pt. Sulaiman [ ni kat pontian jugak ler... ] & malam nyer singgah sekejap di rumah sedara-mara belah abah adda di Kg Jawa Pulai Sebatang

Unfortunately, tiada gambar2 yg diambil kerana ketiadaan kamera [ yg sendirian berhad mmg takde, tp org lain punyer berlambak.. ]. Sesudah kembali ke rumah sendiri, sempatlah jugak adda dan suami singgah beraya di beberapa rumah kengkawan yg lain.

Haji - Madinah - Makkah

Panggilan Haji,
Telah Tiba lagi
,
Menunaikan Ibadah,
Panggilan Baitullah,
Tanah Suci Mekah,
Ya Makkatulmukarromah..



Biasa dengar lagu ini??? Bila dengar lagu ini, kita semua mesti dah tahu yg musim telah pun tiba lagi. Kali ini bagi tahun 1430H. Rombongan jemaah haji dr Malaysia dah de pon yg sampai kat kota suci Mekah. Syukur alhamdulillah sbb mereka semua dah selamat sampai.... Segala usaha penat lelah, jerih payah mereka nak kumpulkan duit bg menjejakkan kaki ke sana telah pun berhasil. Semoga semua jemaah dapat melaksanakan ibadah haji dgn sempurna dan memperolehi haji yg Mabrur. Amin.... [ bila lah me dpt jejakkan kaki ke sana... terbayang2 di mata keindahan kota suci mekah dan madinah... ]

18.10.09

Wahai kengkawan semua...

Assalamualaikum....

First thing first.... wahai kengkawan ku semua, aku nak habaq kat hang sumer yg aku dah de blog sendiri ni. Aku ni takler pandai sgt nak berblog, ilmu-ilmu yg korang dok ada tu jgn la segan-segan nak perturunkan kat aku na.... aku kan masih baru lagi dlm blog ni. Tunjuk ajar ler kat aku mana2 dok patut...


Sebelom aku bercerita dgn panjang lebarnyer...eloklah diri ini diperkenalkan dahulu. Dgn penuh ikhlasnya, diri ini telah diberi nama oleh mak & abah sebagai 'Siti Noraidah bt Jamiran'. Diriku adalah anak sulung dlm keluarga dari 5 orang adik-beradik. Keluargaku ini telah selamat menerima menantu sulung lelaki, yg mana diriku ini telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan pd bulan Jan'08 [ masa blog ni tercipta, adik2 len lom kawen lagi... ]. Masa kecik2 dulu & zaman skool, diriku telah dipanggil dgn bermacam-macma gelaran. Ada yg panggil kakak, edah, idah, siti dll.. Masa belajor kat matrik melaka, ada sorang kawan aku ni suka panggil aku dgn nama 'erd' singkatan utk erda. Nama ni kekal samapai aku sambung belajor kat universiti. Bila masuk alam pekerjaan, susah sket ler kengkawan nak sebut nama tu. Terbelit2 lidah diorang sumer, so tukar panggilan kpd aidah plak. Ok wat panggilan baru ni, mmg singkatan dr nama sebenar aku kan... tp special utk blog aku ni, aku nak gelar diriku sendiri sbg 'ADDA'. Antara nama2 kiut yg aku suka. So utk entri selepas ni, nama ADDA shj yg akan digunapakai yer kengkawan sumer....

Ok, adda nak citer sket ttg kenapa adda cipta blog ni yer... Sebabnyer adda rasa tertarik dgn blog-blog orang lain yg adda dah go through... Rasa nak ada blog sendiri tu membuak-buak lah - maka dgn itu, terciptalah blog ni
[ gian tgk blog orang lain cantik2 belaka, tu yg cipta blog sendiri. boleh ler sumbat masuk apa2 yg ada. hehhehehe....]. Itulah sbb utama adanya blog ni. Lagi pulak, mudah untuk adda mencurahkan segala rasa yg ada [ manis, masam, masin, pedas, kelat, tawar, payau, xde rasa....] dlm kehidupan sehari-harian aku... Kiranya, blog ni mcm kanvas kehidupan Adda.... So, pada kawan2 ku sekalian, korang kena sokong adda tau... All de best to me...

:: Blogger