:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

12.1.13

Baby comel

Mempersembahkan baby comel saya...






Nama diberi - AHMAD AMEER RAYYAN BIN ABDUL AZIZ

Tanggal kelahiran - Isnin / 17 Disember 2012

Waktu kelahiran - 5.49 petang

Tempat kelahiran - Hospital Sultan Ismail Johor Bahru

Kaedah kelahiran - Melalui pembedahan

11.1.13

Lama menyepi

Assalamualaikum..

Terasa sepi blog ni sebab tiada update terkini..

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, keazaman dan kekentalan kita dalam menempuh kehidupan yang mendatang disematkan di dalam diri dan jiwa masing-masing. 
Mungkin ada yang tanamkan azam baru tapi tiada salah kiranya kita meneruskan azam yang telah diciptakan dulu.
Terpulang pada diri masing bagaimana hendak mencorakkan kehidupan yang mendatang 2013 ini.

Blog ini lama menyepi sebab sekarang saya sedang melalui proses berpantang di rumah keluarga saya.
Terima kasih pada teman-teman, ahli keluarga dan semua yang mendoakan agar saya selamat melahirkan.
Dan Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada hari Isnin tanggal 17 Disember 2012 yang lalu di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru melalui pembedahan.
Insyaallah, kronologi kelahiran bayi comel ini akan saya zahirkan di blog ini.

Alamak, tak boleh lama-lama online.
Baby saya dah menangis minta susu.
Jumpa lagi nanti.

:: Blogger