:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.3.11

Google today


  Robert Bunsen's 200th birthday 


Robert Bunsen
-> in wikipedia
-> his biography


Robert Bunsen terkenal untuk penemuan perangkat nyala api gas yang disempurnakan yang menyandang namanya: pembakar Bunsen. Namun, kontribusi Robert Wilhelm Eberhard Bunsen untuk memperluas ilmu pengetahuan jauh melampaui penemuan ini satu; ia mengembangkan sejumlah instrumen laboratorium umum, serta perangkat baru dan proses untuk menganalisis unsur unsur zat kimia yang disebut spektroskopi. Ini ilmu baru, yang dikembangkan dengan Gustav Kirchhoff, mungkin warisan yang paling penting untuk ilmu pengetahuan

30.3.11

Baca ni... POCO-POCO

Perak haramkan tarian poco-poco


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Sumber : Kosmo

25.3.11

Kau memang bodoh...... ( ini entry carik gaduh )


Orang kalau dah BODOH SENGAL, memang susah nak dibetulkan..


Kau kenapa nak angin dengan kitorang??
Apesal nak carik pasal pulak??
Takde saper yang carik pasal dengan kau.
Kau tu je yang BANGANG over excited @ terlebih.

Dah kau tak puashati dengan aku dan kawan-kawan aku,
meh datang jumpa aku depan-depan.
Tanya aku face-to-face lah kalau berani.
Kau tu berani cakap belakang je, depan-depan pengecut, penakut.
Kau memang penakut kannn..

Belum tentu lagi cerita yang kau dengar tu betul.
Tanya aku atau kawan-kawan aku sendiri kalau kau nak tau cerita yang betul.
Ini tak, kau cuma dengar cerita dari sebelah pihak je.
Cerita dari lagi sebelah pihak lagi kau tak tau kannnn....

Andai aku salah, aku mintak maaf.
Andai kau yang salah, aku rela maafkan.
Tapi jangan kau ulang lagi kelakuan-kelakuan kau yang tak matang tu.


**  Update terkini setelah aku cool..  **

Jom bercuti..

Dalam hati ada terdetik nak pergi jalan-jalan @ bercuti dengan hubby. Nak tenangkan fikiran sambil mengeratkan hubungan kami yang memang erat ni. Aku kan memang suka melawat ke tempat-tempat orang.

Bila orang tanya "nak bercuti ke mana", aku jawab "pergi dekat-dekat sini je..".
"Kenapa tak pergi jauh-jauh sikit?", aku jawab "yang dekat pun belum habis ditelek dibelek, inikan pulak nak pergi yang jauh-jauh"
"Taknak pergi ke luar negara?", "oh yang itu belum mampu lagi, bajet tinggi.."

Ha kan.. betul tak?? Sebelum kita melangkah keluar dari Malaysia, eloklah kita menjelajah dulu ke serata pelosok negara kita yang indah permai lagi tenang ini. Dalam Malaysia pun banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Pilih saja nak ke mana, hutan batu, gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara, taman rekreasi, pulau, taman tema.... Memang banyak yang tak terkira.

Rancangan aku untuk bercuti ni samada paling awal dilaksanakan selepas bulan 6 atau paling lewat pada awal tahun depan ( 2012 ). Destinasi pilihan aku : Kuching @ Kota Kinabalu @ Langkawi @ Port Dickson @ Melaka. Banyak kan.. Andai masa dan duit tiada masalah, memang semua tempat tu aku nak pergi. Namun semuanya bergantung kepada jadual kerja hubby - perlunya pilihan waktu yang bersesuaian. Aku tiada masalah, cuti saja..



  Kuching, Sarawak 






  Kota Kinabalu, Sabah 



 

  Pulau Langkawi, Kedah 





 
  Port Dickson, Negeri Sembilan 





  Melaka 




Perancangan awal aku telah pun bermula. Menjadi atau tidak, itu belakang kira. Yang penting aku dah niat nak bercuti dengan hubby. Andai kecukupan sumber kewangan, akan ku angkut satu keluarga pergi bercuti. Wah kalau nak ajak ramai-ramai orang, kena lah tunggu hujung tahun, lepas dapat bonus... Hehhehhehe... =)


** Pic credit to google

Jumaat yang mulia

Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Hari ini hari Jumaat
Adalah penghulu segala hari
Hari terakhir minggu bekerja

Kepada kaum Adam, silalah tunaikan   Solat Jumaat   yer
Jangan sengaja taknak pergi masjid untuk solat Jumaat
Kepada kaum Hawa, masa untuk tambah amalan
Berzikir, mengaji, membaca Yaasin

Bersama-sama kita menambahkan amal ibadat
Mengambil keberkatan sempena hari Jumaat yang mulia ini

24.3.11

TERBARU

Interlok: 'Golongan Yang Sama' Ganti 'Paria'


KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan menggugurkan perkataan 'paria' dari novel Interlok yang digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.

Kata beliau, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".

"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khamis, lapor Malaysiakini.


Sumber : Kosmo

Keputusan SPM 2010

Lebih 9,000 calon dapat semua A


PUTRAJAYA – Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

Menurut beliau, seramai 363 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki pada 2010 berbanding sekadar 214 calon pada 2009.

Kata beliau lagi, calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon (2009) kepada 68,114 calon tahun lepas.

“Keputusan SPM 2010 merupakan yang terbaik sejak empat tahun lalu terutama dari segi peratusan bilangan calon yang memperoleh sijil, mendapat keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki.

“Ia dipengaruhi dengan dasar mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil pelajar pada tahun lepas,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini semalam.


Sumber : Kosmo

22.3.11

My follower

Assalamualaikum... dan selamat pagi..

Hari ni tengok ada pertambahan follower dalam blog ku ini..
Ini bermakna kenalan saya telah bertambah.. =)
Terima kaseh kepada anda-anda semua yang follow blog saya ni..
Terima kaseh juga sebab menyokong blog saya yer..
Saya sayang anda..

Sejuk sejuk..


Cuaca pagi ni sejuk... Kalau lah tak keje, memang dok dalam selimut lagi. Eeiii seronok kalau dapat cuti kan...

Bersyukur pada Yang Maha Esa sebab membasahkan bumi melimpah rezki dan rahmat kepada sekalian umatnya.. Panjatkan kesyukuran kita kepada Tuhan, pencipta muka bumi ini..

19.3.11

Rikevita Idol - Final for season 2

Senarai lagu-lagu semasa pertandingan akhir Rikevita Idol Musim ke-2 yang telah berlangsung pada hari khamis yang lepas :

  1. Puisi Cinta
  2. Karam
  3. Cinta Pantai Merdeka
  4. Sayang Semuanya Sudah Terlambat
  5. Berpaut Di Dahan Cinta
  6. Usang
  7. Keluhan Perantau
  8. Gerimis senja

Lotihhhhhhhhh akak..

Lotihnyaaaaaaaaa.............

Dari tadi aku ngemas sampai la ni lom siap-siap lagi...
Take 10 jap...
Ambik nafas dengan minum air.....

Cuci-cuci service

Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu...

Aktiviti aku hari ni, wat house cleaning aka cuci-cuci service kat umah sendiri. hahahhaha...... Ntah kenapa aku rasa bersemangat sangat nak kemas rumah tau.... Oppppssss..... baru tau, ada orang nak datang umah tengahari karang, tu nak nak ngemas nih. Heppp...bukan sebab orang datang baru nak kemas rumah tau, memang tiap-tiap hari sabtu adalah rutin aku tiap-tiap minggu untuk kemas rumah.

Selalu tu memang kemas pon, cuma bila kata ada orang nak datang tu, haruslah kemas lebih-lebih sket. Takkan tetamu datang tengok rumah berselerak je kan.... Tak patuttttt.... So ari ni extra kemas rumah. Chiyokkkkk..... Jangan petang nanti aku pengsan pulak sebab terlalu tekun kemas umah ni....

Sambil kemas-kemas tu, sambil dengar radio online - ni tengah dengar Carta Sms Sinar...

Okeylah, nak sambung mengemas. Pastu nak masak pulak. Eh ni pun tengah basuh baju jugak... Daa......

16.3.11

Lagi tentang gempa

Gempa Sekuat 6.0 landa Pantai Timur Honshu, Jepun


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 9.31 malam Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 3,911 kilometer dari Timur Laut, Kudat di Sabah.

Jumaat lepas, Jepun digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 9.0 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami besar yang mengorbankan beribu nyawa. - BERNAMA


Sumber : mStar

15.3.11

Iktibar buat kita semua

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.

Di antara kiamat kecil ialah:
  1. Zina bermaharajalela
  2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  3. Bermaharajalela alat muzik
  4. Menghias masjid dan membanggakannya
  5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
  11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
  12. Orang akan melakukan homoseksual
  13. Akan terdapat ramai anak luar nikah
  14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  16. Banyaknya berlaku gempa bumi

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, di antara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan  Pulau Honshu  yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya.

Maka fenomena 'Retrograde Motion' yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



p/s : Jangan kita mempersendakan setiap kejadian yang terjadi dengan cara yang tidak sepatutnya. Ambil iktibar terhadap setiap perkara yang berlaku..

14.3.11

PENTING...!!!

Sila ambil perhatian kepada semua ibu-ibu yang mana anaknya menyusu botol yer.... Ini penting agar ibu-ibu semua sentiasa prihatin dengan keadaan semasa..

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.



Sumber : Kosmo

School holidaysssssssssssssss...........



  Hoyeeeeeeeeeeeeeeee............ 
  Cuti sekolah dah pun bermula.. 

Kepada adik-adikku sekalian, sila mentelaah pelajaran semasa cuti sekolah ni. Jangan asyik ingat nak main jer.....

Kepada yang nak amik peksa UPSR tu, inilah masanya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Buat ulangkaji subjek-subjek darjah 4 dan 5.

Pada yang tingkatan 4 tu, ini bukan tahun-bulan-madu. No more excusess - jangan asyik nak facebooooooooooookkkkkk jerr.... masa cuti nilah nak tepukan otak dengan pemahaman kepada subjek-subjek baru. Lagipun tahun depan dah SPM, kena usaha bersungguh-sungguh - mulakan dari sekarang.

Lakukan juga aktiviti-aktiviti yang berfaedah sempena cuti sekolah ni - kemas bilik ker, tolong mak bapak ker, buat kerja-kerja amal ker, berkhemah di hutan - cintai flora & fauna ker, surf internet untuk belajar tutorial online ker.... Yang pentingnya, aktiviti tersebut membawa manfaat kepada diri sendiri.

Memang banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti sekolah ni. Sila atur jadual masa kamu supaya ianya berjalan seperti yang dirancang..


13.3.11

Erk... alhamdulillah kenyang,,

Alhamdulillah... aku and family baru balik dari rumah pengantin, sedara mara sebelah abah aku.. Rumahnya kat kawasan Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Huh... subhanallah.. cuaca hari ni amatlah terang-benderang, panas yang amat terik sekali... Memang pergi rumah pengantin carik air dulu lah..

Apa2 hal pun, Selamat Pengantin Baru kepada anak tuan rumah. Semoga kekal bahgia selamanya..

11.3.11

Home


Alhamdulillah..
He's back....!!!
I'm feeling great..  =)

10.3.11

Filem epik - Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik terhebat tahun ini
  HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA 

Karya air tangan penerbit terhebat - Yusry KRU
Diterbitkan oleh KRU Studio.
Dipertontonkan kepada umum pada hari ini.

9.3.11

I MISS U



  I miss my hubby.. 
  Miss him so much.. 

Now he's @ Kuching.
Doing a monitoring job on environment control.

8.3.11

Selamat Hari Wanita Sedunia 2011

 

Hari ini, 8 Mac 2011..
Kepada semua kaum Hawa sekalian, aku nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA
2011

Semoga kita semua mempertingkatkan azam dan tekad serta jatidiri kita untuk menjadi seorang insan yang berfikiran waras, menjaga keharmonian rumahtangga dan keluarga dan sentiasa bersaing secara sehat untuk menambah keyakinan diri sendiri.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - sentiasa berusaha
Jangan sentiasa menjadi katak di bawah tempurung - keluarlah dari keadaan selamat yang sekarang. Tidak rugi kita mencuba sesuatu yang baru. Andai gagal, kita cuba lagi.
Kaum Hawa zaman sekarang hendaklah bergerak seiring dengan kemajuan negara.

4.3.11

Mentor 5


Mentor 5 dan protege masing-masing

Mentor 5 akan memulakan langkahnya pada hujung minggu ini. Segala teka-teki telah terjawab. Ini lah hasilnya bilamana semua mentor dalam musim ke-5 ini telah mempamerkan protege yang menjadi pilihan mereka.


 Erra Fazira - Salma
 Afdlin Shauki - Ratnah
 Noh Hujan - Ayish
 Rahim Maarof - Aiman
 Datuk Sharifah Aini - Shiha
 Edry KRU - Iqa



Good luck to all of you.. !!!

2.3.11

Brisk-walk



Seronok dapat buat aktiviti-jalan-kaki-mengelilingi-kilang.
Aktiviti ringan, senang dan mudah.
Masa yang diambil pun sekitar 20 minit sahaja.
Taklah penat sangat. Tapi berpeluh jugak ketiak ni... hehheheheh....

Saper yang boring atau bosan dok dalam opis tu, bolehlah buat aktiviti ni - jalan kaki santai di waktu petang. Tapi aktiviti ini hanya boleh dilakukan selepas waktu bekerja yer kengkawan semua...


Bagusnya aktiviti jalan kaki ni :
  • Ia dapat melegakan ketegangan badan
  • Dapat merehatkan otak dan minda
  • Dapat menenangkan fikiran
  • Dapat menjamu mata dengan melihat rumput-rumput dan dedaun hijau
  • Dapat mengeluarkan peluh

Inilah antara senaman paling mudah bagi aku bilamana aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Bila otak dah over-stress, aku akan jalan-jalan keliling kilang bersama teman-teman. Sambil tu, kami akan berborak tentang hal-hal semasa. Seronok kan...

Korang cubalah. Sekadar jalan-kaki-di-waktu-petang, ianya sangat mudah dan tak memerlukan kos yang banyak. Lepas je jalan-jalan, dapat keluarkan peluh - pasti kita akan rasa segar. Badan pun rasa sehat tau...  =)

Bayaran saman telah dilanjutkan..

Hai.. hari tu baru jer kerajaan kata tempoh akhir bayaran saman telah tamat...!!!! Ni kata dilanjutkan pulak... Kepada sape-sape yang belum menjelaskan saman trafik tu, silalah bayar dengan segera. Banyak yang sok..sek..sok..sek.. kata tak sempatlah, takde masa lah itulah inilah...

Ha... ni masa bayaran telah pun dilanjutkan. Bawak-bawaklah diri tu ke kaunter pembayaran saman yer... Tambah masa 10 hari tak lama. Ambillah tindakan yang sewajarnya dengan membayar saman trafik anda tu..

---------------------------------------------------------------------------------------------

Saman Trafik: Tarikh Akhir Dilanjutkan Hingga 10 Mac


PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkannya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memberi lebih banyak masa kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman mereka.


Sumber : Kosmo

Vitamin C

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, supplemen Vitamin C aku dah sampai. Dah tempah dari minggu lepas tapi baru dapat hari ini. Sebabnya, aku beritahu pada orang yang aku tempah tu, bila aku dah ada duitnya baru bagi kat aku. Dia pun kata OK. Jadinya semalam aku bagitahu dia, boleh bawa Vitamin C tu hari ini. Dan aku dah dapat pun. Ni dia...



Aku dah lama makan supplemen ni, tapi dah berhenti makan beberapa tahun ni sebab susah nak cari pembekal barangan CNI dikalangan rakan-rakan sekerja. Bukannya tak boleh beli dengan orang lain, boleh jugakkkkkk..... Tapi kan lebih elok membeli sambil membantu rakan-rakan sekerja dengan hasil jualan mereka. Disamping itu, dapat juga diskaun.


Bagusnya produk ni, sebab :
  • Mengandungi vitamin C bagi memenuhi keperluan harian badan kita
  • Diperkayakan dengan royal jelly sejati untuk menambah zat
  • Larut dalam air dan mudah diserap serta dihadam oleh badan
  • Royal Jelly Vita C mengandungi asid askorbik, natrium askorbat dan susu lebah yang murni serta berkhasiat. Makanan tambahan yang paling sesuai bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dalam setiap botol mengandungi 100 biji.

Saranan pengambilan
Kanak-kanak ( di bawah 12 tahun ) : 1 - 2 biji sehari
Dewas : 1 - 4 biji sehari ( atau seperti yang di arah oleh doktor )

Harga : RM28.80 ( Semenanjung ) / RM30.00 ( Sabah/Sarawak )


Pada siapa-siapa yang tengah mencari-cari supplemen untuk vitamin C, aku cadangkan korang amik yang ni, Royal Jelly Vita C dari CNI. Memang mantaplah.. =)


p/s : Adik-beradik aku memang suka makan supplemen ni.... Perasa oren kan memang sedapppp....

1.3.11

Semak saman JPJ

Jom semak saman anda... walau tarikh akhir pembayaran saman dah tamat ( kelmarin ).
Hahahaha...

Bulan 3



Hari ni dah masuk bulan 3 / Mac / March

:: Blogger